Tuesday, 7 February 2012

Try Test Cuba

MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN INSTRUMEN 

PROTIM

  •           PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. 
  •           PROTIM merupakan sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.
  •          PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 2M dalam kategori aras rendah.
  •           Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya
  •           Di bawah modul yang sama, murid dikehendaki menjalani satu ujiantapisan’. 
  •           Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100  markah akan   terlibat dalam program PROTIM.
 UJIAN DIANOGSTIK

  •  Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci.
  • Guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal.
  • Memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak.


 DIANOGSTIK PENGAMATAN
  • Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf.
  • Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.
 DIANOGSTIK LISAN
  • Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, mengeja, membatang perkataan.
  • Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.
 DIANOGSTIK TULISAN
  •   Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata.
  • Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur.
  • Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot, struktur ayat yang bercampur aduk hufur besar dan kecil.
  • Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid.
  • Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing.
  • Sekiranya murid A, B dan F tidak boleh mengeja suku kata KV+KVKK, guru perlu meletakkan mereka dalam satu kumpulan.
  • Jika murid C, G dan H tidak boleh membina ayat, mereka perlu diasingkan dalam satu kumpulan yang lain.